Garis Bantuan
Apa yang patut Saya Lakukan sekiranya menenui anai-anai? JANGAN PANIK. JANGAN MENGANGGU AKTIVITI ANAI-ANAI TERSEBUT ATAUPUN CUBA MERAWAT DENGAN MENGUNAKAN SEMBURAN AEROSOL. Hubungi Operator Makhluk Perosak yang sah dan didaftarkan. Menganggu atapun cubaan membunuh anai-anai yang dilihat hanya menyebabkan pemindahan koloni tersebut ke tempat pemakanan yang lain dan kerosakan berterusan.
 
Kunjungi kami:

 
 

[Produk & Pekhidmatan]       Pest Directory

Pengawalan makhluk perosak kediaman am

KEHADIRAN MAKHLUK PEROSAK DALAM KEHIDUPAN KITA AKAN BERTAMBAH. Samaada ianya semut di dapur,lalang dan rumpai di halaman, kehadiran perosak adalah ditakuti dan tidak disukai.Dalam masa yang sama, kebanyakkan dari kita ragu dengan pengunaan racun perosak, cara aplikasi dan kemungkinan kesan sampingan yang timbul.

Apakah cara untuk mengawal makhluk perosak dangan selamat?
Bila dan bagaimana cara untuk mengunakan racun makhluk perosak?

Soalan-soalan diatas mempunyai lebih dari satu jawapan tepat. Sky Pest akan membantu anda dengan maklumat keseluruhan untuk anda membuat keputusan yang paling sesuai. Cara kawalan makhluk perosak yang terbaik adalah cara yang rendah risiko kepada keselamatan and kesihatan keluarga anda dan alam sekitar.

Emel kami untuk maklumat lanjut di info@skypest.com

Kami membantu anda untuk memahami:-

  1. Apakah langkah-langkah yang perlu di ambil untuk mencegah makhluk perosak.
  2. Apakah bahan kimia yang bersesuaian dan pilihan yang ada termasuk bahan bukan kimia untuk mengawal makhluk perosak.
  3. Bagaimana memilih, mengguna, meyimpan dan melupuskan racun dengan selamat.
  4. Bagaimana mengurangkan pendedahan racun kepada anda.
  5. Bagaimana memilih syarikat kawalan makhluk perosak.
  6. Tindakkan yang perlu di ambil jika terkena racun.

Tahukah anda produk yang biasa di gunakan disekitar rumah anda mengandungi racun perosak? Seperti dibawah:

  • Semburan dan umpan lipas
  • Semburan Serangga dan tebuan di rumah.
  • Semburan mencegah untuk kegunaan sendiri.
  • Produk kawalan anai-anai.
  • Racun tikus dan binatang yang mengukis.
  • Kutu hama dan binatang yang menghisap darah, memakan habuk kayu dan binatang peliharaan.
  • Produk untuk sanitasi dan membasmi kuman di dapur, tempat mencuci pakaian dan bilik air.
  • Produk untuk membunuh kulat dan kulapuk.
  • Produk laman dan taman untuk membunuh lalang dan rumpai.
  • Bahan kimia kegunaan kolam renang untuk membunuh rumpai air.

Kehadiran tumbuhan, rumpai, serangga, bakteria, dan organisma lain adalah ragam alam semulajadi. Kehadirannya membawa manfaat kepada manusia, juga ketidakselesaan. Rumah and pangsapuri merupakan habitat kepada makhluk perosak ini seperti lipas, anai-anai, semut, tikus dan kutu. Kehadiran lalang atau rumpai yang tidak diingini di kawasan laman ataupun kebun sayur, bunga dan buah-buahan juga to senangi.

Yang paling membimbangkan adalah kehadiran makhluk perosak kepada kesihatan dan kesejahteraan manusia, keluarga dan haiwan peliharaan. Sedemikian, keperluan untuk mengawalnya semakin berleluasa. Menghapuskan makhluk perosak dengan sepenuhnya adalah sukar, namun dengan perkembangan teknologi, kini pengguna mempunyai pilihan kaedah-kaedah yang efektif, efisien dan bersesuaian dengan strategi dan keselesaan. Samada, kaedah yang dipilih berunsur kimia, bukan kimia, atapun sebagai langkah pemamtauan, adanya pengetahuan yang sewajarnya amatlah penting dalam pengawalan makhluk perosak.

Kongsi masalah anda dengan kami.

Langkah pencegahan adalah lebih murah berbanding merawat,termasuk kerosakan struktur diakibatkan oleh makhluk perosak ini.
Kawasan bandar semakin terdedah dengan kewujudan makhluk perosak yang memudaratkan kesihatan melalui sebaran wabak-wabak dan bacteria seperti berikut.

  • Demam Dengi and Chikungunya disebarkan melalui nyamuk
  • Allergi dan Deman Semput
  • Keracunan makanan
  • Wabak yang dibawa melalui jenis burung-burung


Anai-anai dan lain-lain organisma perosak kayu.

Maklumat penting untuk pembeli rumah.

*Bagaimana pembeli rumah hendak mengesan kehadiran anai-anai dan kerosakan pada struktur bangunan? Apakah tindakan seterusnya sekiranya wujud bukti kehadiran makhluk perosak tersebut dan adanya kerosakan yang ketara?

Pembangun baru yang kurang daripada 3 tahun adalah mandatori sebelum simen lantai di taburkan, kontraktor haruslah mengupah Operator Kawalan Perosak yang sah dan berdaftar untuk rawatan pra-pembinaan kimia. Justeru, rekod rawatan dan kaedah rawatan pra pembinaan untuk jangka masa 3 tahun adalah penting.

*Bagaimankah sekiranya pembeli rumah baru yang akan menandatanggani Surat Jual Beli Rumah dan mendapati kehadiran anai-anai sunguhpun telah mendapat laporan pemeriksaan awal yang menyatakan tiada kehadiran anai-anai?

Keadaan sebegini sememangnya berkemungkinan sungguhpun pemeriksaan keseluruhan terlah dilakukan. Ini disebabkan, laporan tersebut hanya melaporkan bukti-bukti kehadiran anai-anai yang dapat dilihat dan dikesani dengan mata kasar ataupun dengan menggunakan alat-alat bantuan sedia ada pada masa tersebut. Sekiranya kehadiran anai-anai berlaku dibelakang dinding ataupun dibawah lantai, kehadiranya mungkin tidak dapat dikesani.

Nota ***Kemungkinan yang lain adalan berlakunya pepindahan dan pembiakkan koloni baru. Justeru, rekod pemulihan dahulu oleh Skarikat Kawalan Makhluk Perosak amatlah penting dalam membuat ulasan terakhir dalam laporan tersebut selain bengantung kepada pemeriksaan mata kasar.

Apakah yang patut dilakukan oleh pembeli sekirannya mengetahui kehadiran anai-anai yang dilaporkan dan kerosakkan telahpun dibaiki?

Setiap laporan yang pernah melaporkan kerosakkan berpunca daripada anai-anai sememangnya membuktikan kehadiraan anai-anai dalam struktur bangunan. Sungguhpun kerosakan struktur telah dibaiki namun ini tidak menjamin masalah anai-anai telah diselesaikan. Pembeli rumah seharusnya menyelidiki samada struktur yang telah dibaiki mempunyai rawatan pencegahan dan samada struktur yang telah dibaiki terdahulu hanyalah satu amaran kemungkinan kerosakkan seterusnya sekiranya punca masalah tidak ditanggani dengan betul.

Kunci kata:
Jangan bergantung pada laporan pemeriksaan sahaja.
Kehadiran diri apabila laporan pemeriksaan dibuat amatlah penting.
Dapatkan salinan dokumen mengenai rawatan-rawatan lepas dan salinan pencegahan yang pernah digunakan.

* Apakah itu laporan `Clear’?
Ia merupakan laporan yang menyatakan tiada bukti kehadiran makhluk perosak kayuan yang dapat dilihat dan dikesan pada masa pemeriksaan dilakukan. Namun ia tidak menjamin tiada kehadiran makhluk perosak kayuan sepenuhnya.

Nota*** Adalah berkemungkinan untuk anai-anai atau sesuatu makhluk perosak yang lain untuk mengerumuni kawasan di bawah lantai atau belakang dinding sungguhpun laporan `Clear’ diterima. Ini disebabkan sesetengah kerosakan adalah terlindung dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar, ataupun telahpun dibaiki oleh penjual justeru tidak dapat dikesani oleh pemeriksa pengendali racun makhluk perosak.

Kaedah Pengawalan Anai-anai.

PEMERIKSAAN AWALAN& LAPORAN
Memerlukan pemeriksaan menyeluruh pada banggunan dan sekitaran, mempunyai laporan pemeriksaan yang menyatakan kawasan yang telah diperiksa, pengesahan bukti kehadiran aktiviti anai-anai, kawasan berisiko tinggi, bahagian banngunan yang tidak dapat diperiksa dan pilihan kawalan anai-anai yang sedia ada, kekurangan kawalan tersebut dan sebagainya.

Bahagian dan kawasan yang seharusnya diperiksa termasuklah kawasan adanya struktur kayu dibawah lantai dan didalam ruang penyambunggan lantai, ruang siling, luaran dinding, laman, pagar dan struktur-struktur kayu dan pokok yang berdekatan.

RAWATAN CECAIR KIMIA
Rawatan cecair kimia yang merangkumi perimeter dan penyambungan lantai sesuatu banggunan mampu membasmi dan menghalang anai-anai memasuki bangunan yang di rawat. Terdapat beberapa jenis cecair kimia yang diluluskan oleh Jabatan Racun Makhluk Perosak yang boleh digunakan untuk mengawal anai-anai.

Memasukkan cecair kimia pada sekeliling kubu pada tiang konkrit dimana laluan yang biasa digemari anai-anai.
Memasukkan cecair kimia pada sekeliling bawah lantai dan sekitar kawasan bawah lantai.
Gunakan penyembur tekanan tinggi untuk memasukkan cecair kimia disekitar perimeter bangunan.
Gerudi lantai dibahagian penyambungan dan memasukkan cecair kimia di dalamnya.
Gerudi lantai konkrit disekeliling paip dan masukkan cecair kimia didalamnya
Gerudi lantai konkrit di kawasan halaman dan masukkan cecair kimia di mana kawasan yang berisiko tinggi dimana terdapatnya
anai-anai.


UMPAN ANAI-ANAI
Sistem yang mengamalkan teknologi pemasangan stesen umpan yang digunakan untuk memantau pergerakkan anai-anai. Kaedah ini bergantung sepenuhnya kepada keberkesanan stesen yang dipasang untuk dijumpai oleh anai-anai dan seterusnya pemakanan umpan yang secukupnya untuk menghapuskan koloni anai-anai yang ditumpukan.

Anai-anai mempunyai deria yang sensitif. Kawasan yang didapati menpunyai makanan yang bertosik akan ditinggalkan. Gangguan yang terlalu kepada anai-anai menyelongkar (askar dan pekerja) khususnya akan dianggap kawasan bahaya dan ditinggalkan. Anai-anai akan disangkakan hilang tetapi sebenarnya telah memilih memasuki bangunan di tempat lain dan meneruskan kerosakkan. Rumah anda adalah stesen umpan yang besar.

Dengan program umpanan anai-anai ini juga tidak memberi jaminan keseluruhan. Ada kemungkinan terdapat koloni anai-anai yang lain yang berdekatan bangunan tetapi tidak dapat mencari stesen umpan yang dipasangkan.Selain itu ia juga boleh memasuki bangunan melalui pokok, dari bawah konkrit lantai dan melalui halaman bangunan sebelah.

Sekiranya anda terlihat kehadiran anai-anai aktif ataupun kayu yang telah dirosakkan oleh anai-anai, JANGAN diganggu kawasan tersebut. JANGAN menggunakan semburan atau penyembur racun serangga. Anai-anai biasanya akan berpindah ke kawasan lain sekiranya terganggu ataupun tergugat, dan untuk mengesan tapak baru adalah sukar sehinggalah kesan kerosakkan ketara dan telahpun berlaku. Pengawal anai-anai biasanya boleh menyarankan kaedah habuk anai-anai ataupun umpan anai-anai bagi menghapuskan koloni anai-anai.

PEMERIKSAAN adalah penting dan patut diulangi setiap 3 ke 6 bulan dimana tanda-tanda kehadiran anai-anai dikenalpasti. Kekerapan lawatan akan bertambah selepas Stesen Pemantauan dipasang dan umpan anai-anai digunakan.


Umpan Anai-Anai Nemesis



Sistem umpan Nemesis dicipta dari Australia berdasarkan kepada penghapusan koloni anai-anai dengan cara yang selamat. Sistem in didaftarkan oleh Kerajaan Australia dan umpan anai-anai Nemesis adalah berdaftar dan mematuhi keperluan undang-undang dan perntadbiran Racun Makhluk Perosak dan Perubatan Veterinari Australia (Australian Pesticides and Veterinary Medicines Authority). Sistem ini menggunakan stesen umpan plastik yang dipasang dibawah tanah dan juga dalam bangunan dimana terdapatnya aktiviti anai-anai.

Bagaimanakah sistem ini berfungsi?
Umpan anai-anai Nemesis mengandungi chlorfluazuron sebagai pewaris aktif, dimana ianya bertindak mengawal pertumbuhan anai-anai iaitu IGR (Insect Growth Regulator). Anai-anai pekerja akan memakan umpan tersebut dan mengagihkan umpan kepada koloni. Perkembangan anai-anai dari nim ke dewasa akan melalui beberapa kali proses pertukaran kulit. Bahan kimia yang memasuki sistem anai-anai akan melemahkan dan melumpuhkan pertumbuhan kulit seterusnya mengakibatkan kematian anai-anai. Bangkai anai-anai yang mati juga dijadikan makanan dan ini menyebarkan lagi kesan kimia sehingga keseluruhan koloni tersebut dilumpuhkan.

Bila ianya sesuai digunakan?
Apabila aktiviti anai-anai dikesan. Kami menyarankan pemasangan stesen umpan dalam bangunan berhampiran dengan anai-anai yang dikesan aktif. Stesen umpan ini diperiksa setiap 2 hingga 3 dan umpan ditambah. Dengan umpan secukupnya, koloni anai-anai yang ditunpukan akan dihapuskan. Namun, kehadiran koloni baru atau berlainan masih berkemungkinan.

Bagaimanakah sustem Nemesis berfungsi?
Stesen rawatan dalam rumah: Merupakan strategi yang baik kerana umpan anai-anai diletakkan dalam stesen dan berdekatan dengan tempat kayu dimana anai-anai tersebut sedang aktif. Umpan Nemesis ini amatlah sedap untuk menarik perhatian anai-anai. Ini bermaksud, anai-anai yang memakan umpan akan membawanya balik ke koloni dan menyuap umpan tersebut kepada seluruh koloni.

Anai-anai tidak dapat mengelak jika ia tidak dapat mengesan bahayanya:
Umpan Nemesi dicipta dimana bahan kimia IGR dalam umpan tidak dapat dikesani anai-anai. Sungguhpun dalam proses pemakanan umpan ramai perkerja anai-anai mati, namun anai-anai masih tidak dapat kenalpasti punca kematian. Perawis aktif chlorfluazuron untuk kawalan IGR mampu membantutkan pembiakan Permaisuri baru selepas Permaisuri koloni tersebut mati. Umpan Nemesis ditokok tambah setiap 2 hingga 3 minggu sekali sehingga seleruh koloni dihapuskan, bermula dengan kematian perkerja, seterusnya askar dan Permaisuri.

Kesan umpan Nemesis adalah ketara kerana sistem in dicipta bertumpu kepada habitat anai-anai, tabiat memakan dan makanan yang dianggap sedap dan bermanfaat kepada pembiakan koloni.

Stesen pemantauan di bawah tanah:
Sekiranya anai-anai aktif tidak dapat dikesani, stesen pemantauan bawah tanah dipasang samada didalam tanah ataupun dibawah lantai rumah di kawasan yang strategic bagi anai-anai memasukki bangunan. Stesen-stesen in akan diperiksa setiap 2 hingga 3 bulan.

Pemeriksaan yang berkala adalah penting:
Amatlah digalakkan juga pemeriksaan dalam rumah dikawasan yang tinggi risiko setiap 3 hingga 6 bulan sekali.

Pemantauan anai-anai:
Apabila koloni anai-anai telah dihapuskan, umpan akan di keluarkan dan kayu baru akan diletakkan dan proses permantauan berterusan. Stesen pemantauan ini adalah langkah pencegahan untuk memantau kebarangkalian adanya aktiviti anai-anai dalam tanah yang berdekatan dengan struktur bangunan.

Mengapa memerlukan beberapa bulan sebelum dapat mengawal masalah anai-anai?
Sistem Nemesis mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk menghapuskan sepenuhnya masalah anai-anai. Dalam keadaan yang ideal iaitu dari permulaan anai-anai memakan umpan Nemesis, adalah ketara pemakanan struktur kayu dalam rumah akan berkurangan. Dan dengan pemakanan umpan Nemesis yang mencukupi, koloni anai-anai akan dihapuskan dalam jangka sederhana, tapi jurang masa ini tidak selalunya ideal.

Faktor-faktor lain sistem Nemesis:
Stesen pemantauan Nemesis dipasang dan dibuka menggunakan peralatan tersendiri. Perawis aktif umpan Nemesis diletak dibawah tanah dan juga kandungannya adalah rendah tosik dan tidak memudaratkan kesihatan manusia dan binatang peliharaan. Stesen Nemesis diperbuat daripada plastic dan strukturnya adalah sesuai dipasangkan dipersekitaran bangunan, didalam tanah ataupun dibawah lantai konkrit.




 
© 2010 Sky Pest Sdn Bhd,. All Rights Reserved.